Tuesday, June 2, 2009

Kelab Rakan Muda Raub

Selamat Datang ke BLOG Rakan Muda Raub.

1 comment:

  1. hi KRM Raub, sila lah berkunjung ke laman blog kami, kelab rakan muda beaufort, sabah di www.kelabrakanmudabeaufort.blogspot.com.. terima kasih..

    ReplyDelete

rakan muda wajadiri

RAKAN WAJADIRI


Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.

rakan muda masyarakat

Rakan masyarakat

Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan.

rakan muda cinta alam

RAKAN MUDA CINTA ALAM

Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.

rakan muda wirausaha

RAKAN WIRAUSAHA

Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.

rakan muda inovasi

Rakan Inovasi

Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global.

rakan muda seni budaya

RAKAN SENI BUDAYA

Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.

rakan muda kecergasan(Termasuk Sukan Dan Rekreasi)

Rakan Kecergasan




3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.

rakan muda wawasan desa


Kepimpinan, Kesedaran dan Kerjasama antara masyarakat bandar dan desa adalah aspek bagi pembangunan peribadi remaja keseluruhannya. Program ini membantu remaja dalam dan luar bandar membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spiritual, Mental dan fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin,dinamik dan penyayang serta akan menjadi contoh yang baik bagi generasi akan datang

rakan muda sukarelawan



Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bersama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi didalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Aktiviti yang dijalankan akan memberi pendedahan terhadap inisiatif diri dan sentiasa peka dan berkhidmat pada dan bila-bila masa mereka diperlukan dimana sahaja

rakan muda jiran muda


Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan.